Showing posts with label MIBG scan. Show all posts
Showing posts with label MIBG scan. Show all posts

Friday, 11 April 2014

NO ACTIVE CANCER CELLS DETECTED

First and foremost, my ultimate gratitude for Allah s.w.t for the mercy he has showed us... Alhamdulillah..

Yesterday, as some of you might know, we went to the institute pediatrik for Aisy’s regular check up with his oncologist and also to get his MIBG scan results..


First lemme explain that the MIBG scan is a scan that uses radioactive that will pick up on active cancer cells.. the radioactive substance will give a reaction if there are any cancer cells in the body... yesterday.. the Oncologist told us that the scan did not pick up anything.. it didn’t detect anything... my jaw dropped... mata dah berair.. jantung stop kejap... rasa terharu dengan pemberian Allah ni.. tapi kejap2.. betul ke? like seriously???

Doctor said, “Well but we still have to make sure he goes for check up as usual because for MIBG scan, it’s only 90% accurate.. so there is still that 10% doubt and the tumour is still there, cuma it might be benign (not active).. but whatever it is, it’s good news”... ALHAMDULILLAH...

Honestly at that time, perasaan macam2 sgt.. rasa happy.. rasa risau pun ade.. takut harapan palsu.. betul ke results aisy ni? bukan tersalah results ke? rasa nak jerit kuat2 pun ade.. Ya Allah, jika betul keputusan ini.. aku bersyukur padaMu atas pemberian rezeki kesihatan anakku.. dan janganlah Engkau kembalikan penyakitnya itu...

I tengah tulis ni pun, pale otak masih blum boleh register yang Aisy is actually getting better.. rasa macam mimpi jerr.. All praises to Allah..

But my heart is still sad to see and hear about Aisy’s fellow fighters yang masih di ward cancer tuh.. So i have to share everything that we did for Aisy to battle his cancer.. the food.. the supplement..the pantang.. and religious practice insyaallah.. here goes.. let’s start with food..

Food that we AVOID giving to Aisy:

1) Bread/Roti (it has yeast which is some sort of fungus)

2) Cultured drinks/Minuman kultur (e.g. Vitagen, Yakult etc)

3) Yogurt

4) Nuts/Kacang

5) Mushrooms/Cendawan

6) Chicken/Ayam (except for ayam kampong – the ones yang tak inject)

7) Daging

 

So far itu je yang i rasa kitaorg tak bagi Aisy makan.. Aisy selalunya makan ikan la... and sayur2 and buah2...if i ingat ape lagi yang kitaorg pantang, nanti i update this post..

So next, supplement anti-cancer yang kitaorg bagi pada Aisy.. dia consume hari2.. so far baru sebulan setengah dia makan supplement2 ni semua..sebab kitaorg stop treatment dia.. so kena lah berubat cara lain kan.. tapi kitaorg mmg dah STOP CHEMO tau, so untuk mereka yang anak masih chemo, saya tak tau ape reaction kalau dia amik supplement2 ni.. so jaga2 yer..  we gave him all theANTI-CANCER SUPPLEMENTS yang kitaorg rasa okay.. this is the list..

1) 4Life Transfer Factor Plus (capsule tapi kitaorg bukak capsule and letak dlm susu dia)

2) Riovida Multi-Berry Juice (campuran macam2 berries, letak dlm susu dia jugak)

3) Sabah Snake Grass Plus (beli online dari company U-turn, dia mcm pati, so letak dlm susu)

4) Habatussauda Oil (makanan sunnah yg dijanjikan merawat semua penyakit kecuali mati.. dlm bentuk    oil, senang letak dlm susu)

5) Apricot Kernel Oil (minyak biji apricot, letak dlm susu gak)

6) Dried Apricot (Buah Apricot kering)

7) Kurma Ajwa (makanan sunnah jugak yg dikenali utk merawat penyakit)

8) Air zam-zam (yang dijampi SENDIRI – lebih afdhal jika ibu bapa sendiri yang membaca ayat2 suci Al-Quran dan doa pada air minum dan makanan anak, insyaallah)

Okayy.. so itulah semua supplement yang anti-cancer.. kitaorg try nak bagi soursop tapi banyak sgt fiber tuh, susah Aisy nak makan, asyik sangkut kat tekak jer..maybe bila dah besar skit kot.. okay so here comes the crucial part.. part ni memang sangat penting.. untuk seorang Muslim.. kita harus berserah kepada Allah 100%.. apa saje yang kita dapat.. apa saje yang kita tak dapat.. atau apa saje yang kita dapat dan diambil kembali.. semua kena berserah pada Dia... theres no other way.. setiap keputusan yang kita buat, kita minta Allah berikan yang terbaik.. bagi kita nampak akan kebenaran dalam setiap langkah, setiap keputusan dan setiap urusan kita.. lepastuh, bila dah buat keputusan, yakin 120% dengan Allah.. baik atau tidak kesudahannya untuk kita... kita kena terima yang keputusan itulah yang terbaik sebab kita dah mintak petunjuk Allah.. jangan sesekali sangsi akan petunjuk Allah.. tidak ada seusatu yang terjadi dalam dunia ini tanpa izinNya.. bear that in mind..

Sebelum ni, sejak December tak silap saya, kita bawak Aisy untuk rawatan Islam (ilmu tapak tangan syahadah- 99 nama Allah).. kita bawak dia di Kajang.. hubby dapat tau sebab kat tempat kerja ni, salah sorang anak murid Tuan Haji tuh keje kat situ.. so hubby berkenalan dgn sahabat ni and dpt tahu pasal rawatan Islam tuh..mula2 i sangat skeptikal dengan rawatan2 yang macam ni.. sebab tak caya kat orang, takut orangnya tak jujur atau guna benda2 halus kan.. cuak jugak mula2 tuh.. tapi hubby nampak confident jerrr.. so i pun agree lah.. jadi kita bawak Aisy untuk setiap minggu lah.. then lepas tiga kali tak silap saya.. rawatan dia pun dah habis.. then masuk tahun ni.. kitaorg dah tak payah pegi kajang dah sebab rakan sekerja hubby ni kira dah graduate lah dengan Tuan Haji insyaallah.. so bawak ke damansara jer..tak pun dia datang rumah.. Alhamdulillah selain daripada buat rawatan pada Aisy, banyak ilmu agama yang dapat saya n hubby pelajari.. saya rasa bersyukur ditemukan dengan Tuan Haji dan sahabat sorang ni sebab melalui mereka, Allah telah memanggil saya n hubby untuk membuka mata hati dan melihat Islam secara lebih jelas Alhamdulillah.. Jadi, sampai sekarang, kita buat jugak sekali sekala dengan sahabat ni untuk rawatan Aisy.. kita usahakan, insyaallah, kita akan dapat yang terbaik dari Allah s.w.t.

Okay... so yang mana supplement atau air minum or air zamzamyang boleh, saya akan baca surah2 Al-Quran yang dinasihatkan oleh orang ramai.. seperti di bawah ini... selain itu, bacaan surah yassin dan doa pada setiap supplement, air zam-zam, minuman, makanan yang mana yang mampu saya buat.. sorry tapi saya kurang yakin dengan produk2 air jampi yang dijual di pasaran, bukan sebab tak percaya pada orang yang membaca tuh, cuma kadang2 ada pihak yang mengambil kesempatan kaut keuntungan dan menjual air biase je tapi dia cakap konon2 dah dibaca 30 juzuk dan sebagainya..

Jadi, saya buat sendiri.. lagipun kan dah dikatakan doa ibu bapa pada anaknya insyaallah akan termakbul.. jadi, baiklah kita buat sendiri mane yang mampu insyaallah..


Selain itu, solat-solat sunat jugak amat digalakkan.. solat taubat, solat tahajjud, solat hajat haruslah diamalkan sebanyak yang mampu... saya pun tak dapat nak buat hari2.. insyaallah buat bila boleh.. dan usahakan sedikit untuk bolehkan buat insyaallah.. dan bila nak kena buat keputusan bila doctor nak suruh tambah chemo ke buat operation ke.. solat istiqarah lahh banyak2.. kalau tak sempat solat..doa istiqarah.. banyak2 mintak petunjuk.. dan yakin dengan keputusan yang dibuat selepas itu..


Sapukan air zam-zam pada badan anak.. selawat dan zikir banyak2 pada Allah.. tinggalkan segala yang dilarang sebab kadang2.. apa yang Allah bagi ini adalah sebab dosa2 kita.. anak2 kita masih suci.. ahli syurga.. belum ada dosa.. jadi kita kenalah bersihkan diri dari semua yang terlarang..

Ini adalah sebahagian daripada ayat 44, Surah Al-Fussilat:

...“Katakanlah, Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman”...


Satu lagi amalan yg sgt2 penting yg harus dibuat.. Sadaqah.. Banyakkan sedekah kpd mereka yg memerlukan.. Ahli keluarga yg kesempitan wang.. Rakan2 yg x cukup duit.. Blanja diaorg makan.. Beli la pisang ke kuih muih utk bg kwn2 office makan ke.. Bagi pada security guard mane2 ke.. Macam2 cara n macam2 org kita boleh tolong.. Senyum pun dah jadi sedekah.. Rasa duit tak cukup utk buat sedekah? Jgn risau, kerana yakinkan Allah, insyaallah rezeki yang masuk akan sama dgn rezeki yg keluar.. Malah mungkin akan berlioat kali ganda lagi.. Kita sedekah ikut kemampuan lah.. Kalau ade rm100, bagi lah rm30 utk sedekah.. Kan ade lagi rm70, haa itu buat susu anak ke.. Kalau ade rm20? Bagi lah rm5 ke.. Kalau tidak memudaratkan.. Ringankan tangan memberi bantuan.. Sedekah ilmu, sedekah masa pun boleh.. Dlm hati, kerana Allah taala.. Bila nak buat sedekah tuh, bagi pihak anak kita yg cancer ni pun elok.. Yg penting, kena ingat, duit dlm purse atau wallet tuh, bukan kita punya pun.. Kita pinjam sekejap jer.. Ia akan pergi pada yang berhak.. Jadi, banyakkanlah sedekah.. Insyaallah.. Itu antara rawatan penyakit yg berkesan.. 

Insyaallah dengan berkat usaha, doa dan tawakal kepada Allah, He will only give the best to us.. Yakin 100%.. Percaya 100%.. Redha 100%.. memang senang lah untuk saya cakap kan? sebab anak saya dah semakin pulih insyaallah.. tapi saya pun tak tahu kesudahannya.. siapa yang tau kesudahan seseorang itu? cuma kita kena doa supaya kita redha dengan setiap pemberianNya dan setiap apa yang diambil semula..

Insyaallah i will still continue to fight for childhood cancer awareness.. we will still try our best to get more for our little fighters..

I will update on Aisy’s progress from time to time insyaallah.. Thank you all for your support and donation that gave Aisy a chance to consume all these supplements and get better.. May God bless you and your family good health and wealth and happiness together..


Tuesday, 25 March 2014

Second MIBG scan

Salaam n hi all.. Im writing this while waiting for Aisy tgh buat MIBG scan.. If some of u r not sure what MIBG scan is.. U can read my post from last year. I dah pernah tulis coz this is aisy's second time buat this scan.. 

Two days ago we came here untuk aisy kena cucuk radioactive into his body system.. So as usual, not allowed to be near other kids, preggers and avoid contact with his poopoo n peepee heheh



Then kena tunggu dua hari, and today he has started the 1st day of scanning.. Kesian budak tuh kena bangun awal pagi.. Muka groggy but still in a good mood hehe


Usually this scan will take up 3-4days.. So most probably, aisy have to repeat d scan tomorrow n friday as well.. 


So hopefully when we get the results, it would be positive lah huhu.. But if its not, its okay. We will fight harder insyaallah.. Lots of prayers from u guys would really help a lot :) merci.. 

Tuesday, 24 September 2013

MIBG Scan

Ape tuh MIBG scan?? Mula2 i pun taktau..but of course.. google la kan..

MIBG stands for meta-iodobenzylguanidine. Neuroblastoma cells take up (absorb) this protein, and when it is linked to a small amount of radioactive iodine, it can be used to find neuroblastoma in the bone, bone marrow, and other parts of the body. Because the child’s thyroid gland will also absorb radioactive iodine, regular iodine is taken by mouth for several days before the scan to protect the thyroid.

Apa itu I-131 MIBG?

Metaiodobenzylguanidine (MIBG) adalah suatu zat yang dapat berakumulasi di tumor neuroblastoma. Apabila MIBG ditempelkan dengan ubat radioaktif (I-131) maka akan dapat memberikan efek terapi dari energi radiasi beta yang dimiliki oleh I-131. I-131 MIBG ini berbentuk cairan jernih seperti air.

Say what?? Heheheh.. doctor suruh aisy buat mibg scan which is usually used to scan Neuroblastoma.. so on 26 August 2013, kitaorg bawak aisy ke HKL balik.. biaselah..masuk URH.. cucuk line, then drove to the radioterapi building.. kat sana.. diaorg inject isotope which is the radioactive substance yang akan masuk throughout his body for one week.. and during this time aisy tak boleh dekat dengan any children or pregnant ladies... quarantine lah seminggu...oh yeah, tiga hari sebelum kena injection ni, aisy diwajibkan minum lugol iodine untuk protect thyroid dia or something like that.. tiga hari sekali tiap2 hari kena minum..tak boleh miss tau.. then after dah cucuk the isotope on that day.. kita pun balik.. three days berturut2 lepas kena injection kena sambung minum lugol iodine tuh which kitaorg campur dalam susu aisy.. because tak sanggup bagi dia orally guna syringe sebab the smell and taste is so bad.. even pharmacist pun suruh letak dalam susu dia...

The hospital asked us to return to do the scan on wednesday..coz the radioactive substance tuh kena serap betul2 dalam badan dia...so we went on wednesday, he was sedated with chloral hydrate sebelum nak buat scan.. so bila dia dah knocked out..doctor pun buat la scan.. tiba2... another 20minutes left.. aisy dah bangun.. pusing and merangkak atas machine tuh.. astaghfirullah.. macam mane ni.. hmm looks like we have to come back tomorrow lah to do another scan..


Next day we came back.. this time ade doctor and nurse from URH ikut kitaorg ke tempat scan tuh.. coz doctor tuh nak sedate him with something stronger called mida.. sama macam masa MRI dia harituh..so Alhamdulillah he was knocked out throughout the whole scanning procedure.. after 1 hour plus.. dah abis scan.. the doctor in charge of the scanning suruh dtg lagi the next day... hadoiiii..whyyyy?? coz she said ade some parts nak tengok progress bla bla bla.. haiyaakk bohsannyer dgr sebab kesian aisy kena bangun kul 6am everyday.. takpelah.. esok last..gagahkan jua lah..


Next day..which is a friday..last day of the scanning.. as usual..sedated with mida.. after one hour plus.. settle!! Yeayyy... boleh balik..results?? as usual..tunggu diaorg call lah..then only we would know whether to continue chemo ke tidak..