Thursday 31 December 2015

Hey there.. It’s me.. Cancer..

15 December 2015... Worst day for the year 2015... Tuhan je yang tahu betapa hancur nya hati ni... this was the day kitaorg pergi amik results MRI Aisy.. I never thought I would hear it again... Doctor said the cancer is back and active.. and it has spread and showing signs of spreading further.. but he said it is not so aggressive because it took one year from the last MRI for it to spread... he said the lymph nodes near the spine is swollen and melekat to each other.. and the tumour is blocking his right kidney punya output, so kidney sebelah kanan dah mula membengkak sebab ade halangan...


Doctor suggest buat immediate operation... tapi as we already know.. the operation is high risk... so the kind doctor gave us time untuk decide.. sebab Aisy tak symptomatic pun... xde tunjuk apa2 kesakitan or symptom pun.. so macam mana nak decide? Operation tuh can make him paralyse, brain damage, severe blood loss, major complications that could cause him to.... u know...

However, if tak buat operation, slowly mungkin dia punya kidney boleh damage lagi teruk, boleh develop symptom2 lain, cancer tuh boleh spread lagi ke tempat lain and worst case scenario, doctor kata, dia boleh paralyse.. sebab main tumour yang ade tuh dekat spine L2-L5 yang mengganggu pinggang ke bawah.

Sejak hari tuh... theres not a day that goes by yang I tak nangis... last week doctor N call tanya if we have decided anything.. i told him we need to sit down with the head surgeon first before deciding anything coz nak go thru all the details of the surgery IF we ever decided to go along with it..

So far Aisy is doing well.. masih main, makan, lompat2 like a normal kid.. pergi tadika macam biasa... life is good for him now...

I don’t know what to say.. I don’t know what to think.. I don’t know what i feel..

Hari2 tenung wajah dia.. tengok jer dia bila dia bermain... wondering apa nasib dia lepas ni... anakku.. yang sikit pun tak berdosa.. yang sikit pun tak bersalah... yang sikit pun taktau apa yang sedang berlaku pada dia...

Aku pasrah... Aku berserah... apa pun keputusan yang dibuat lepas ni bukanlah dari kami kerana itu semua ketentuan Ilahi.. semuanya daripada Dia.. kerana aku milik Dia.. anakku juga milik Dia... aku cuma mintak keredhaan, keteguhan iman dan ketabahan untuk menghadapi segala ketentuan, dugaan n ujian yang diberi...

Readers, please doakan untuk Aisy Ezkandar... semoga dia kembali sihat tanpa perlu mengharungi apa2 kesakitan dan kesengsaraan dan keluarga kami juga mendapat keberkatan dan kebaikan daripada dugaan ini...

Ibu berserah sayang... Although deep down, ibu sangat berharap Aisy dipinjamkan lama sikit kepada ibu... sebab ibu belum tahu macam mana nak hidup tanpa Aisy...



4 comments:

  1. Dearest my DIL and my beloved Aisy...I am always pray and will be pray forever for your health . Tak tau macam mana perasaan Opah tika ini... Walaupun opah nampak macam gembira tetapi jauh disudut hati ini tersimpan perasaan yang amat sedih..pilu.. yg tidak terkata..

    Aisy.. satu2nya cucu yang Opah ada buat masa ini...Setiap solat opah doakan kesembuhan sepenuhnya buat Aisy serta setiap malam sebelum tidur opah doakan Aisy ...mohon Allah beri Aisy kesempatan untuk meneruskan hidup ini dengan sihat sejahtera seperti kanak-kanak lain dan kanser itu terus hilang dari tubuh Aisy...

    Tetapi apabila bersama Aisy opah tak nampak yang Aisy menghadapi sakit itu...namun opah tetap buat Aisy gembira dan ceria supaya Aisy sentiasa dalam situasi bahagia semoga sel2 kanser itu tidak aktif.... Apabila aura positif ditanamkan dalam jiwa Aisy maka sel2 kanser akan lemah dengan sendirinya....itulah harapan opah...

    Walau Aisy tiada bersama opah.. namun kasih sayang serta ingatan dan doa buat Aisy tidak pernah lekang dari opah...

    Aisyku sayang...kuatkan lah semangatmu semoga Aisy tabah menghadapi ujian Allah ini.. Biarlah Aisy merasa kepayahan ini di masa kecilmu..opah berdoa agar Aisy akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah di masa akan datang....

    Kepada anaku Shahrul dan menantuku Lynn...tabahkan hatimu sayang!..
    mempunyai anak sebegini kerana anak adalah anugerah Allah yang Maha berharga..apapun ..kalian terus berusaha dan berdoa..sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini...

    Aamiin...






    Dari:

    Opah
    Klebang Beach Resort
    Malacca.
    1 Januari 2016















    ReplyDelete
  2. Heya i’m for the first time here. I found this board and I to find It truly helpful & it helped me out a lot. I hope to provide something back and aid others such as you helped me.

    erectile dysfunction Pills

    ReplyDelete
  3. Watch Dramas Online HD. Watch the Latest Hindi Serials Online in HD Quality. Watch Indian Dramas Online HD, watch online Hindi serials latest Episodes in Ultra HD Quality. Watch Indian Dramas Online. Watch the Latest Episodes of Indian Serials Online Free. Watch Full Episodes of Star Plus, colors TV, Zee TV, Sony TV.
    colors tv serials

    ReplyDelete